Saturday, May 7, 2011

Geografi Alam Sekitar Manusia

NOTA - TRANSFORMASI DESA

1.0. FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PERKEMBANGAN PETEMPATAN LUAR BANDAR MENJADI BANDAR
i. potensi sumber alam yang ada di dalam sesebuah desa- suber bijih timah-KL
ii. potensi perkembangan ekonomi moden- perniagaan, perkidmatan, perindustrian
iii. tapak yang strategik untuk aktiviti perdagangan, pelabuhan an persinggahan- pilau pinang, kelang, bandar gemasl dll
iv. faktor tarikan fizikal dan semula jadi yang menarik- port dickson, langkawi, genting dll
v. polisis kerajaan- mengubah luar bandar menjadi bandar untuk memajukan penduduk luar bandar dan pembangunan wilayah- gua musang, jengka, muadzam shah

2.0. SALING INTERAKSI ANTARA DESA DAN BANDA: FUNGSI BANDAR KECIL KEPADA PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI KAWASAN DESA
i. sebagai pusat pentadbiran daerah
ii. peranan sebagai penyelia, pembekal barangan, dan pasaran produk desa
i. peranan sebagai pusat perundustrian-proses kayu balak, kelapa sawit
ii. membekalkan perkhidmatan ssosial

3.0. CIRI-CIRI/PETUNJUK PEMBANGUNAN TIDAK SEIMBANG
i. pendapatn perkapita penduduk
ii . kadar pengangguran mengikut kawasan
i. petunjuk ekonomi yang lain- kuasa beli, pola perbelanjaan, jenis kegoatan ekonomi
ii. petunjuk sosial- taraf kesihatan, pendidikan, kemudahan sosial
iii. petunjuk demografi- kadar kelahiran, kematian, mortaliti

4.0. MASALAH-MASALAH PEMBANGUNAN YANG TIDAK SEIMBANG DI MALAYSIA
i. ketidak seimbangan di antara semenanjung malaysia dengan sabah dan srawakii.
ii. masalah ketidak seimbangan di antara pantai barat semenajung malaysia dengan pantai timur semenanjung malaysia
i. masalah ketidak seimbanbgan antara kaum
ii. masalah ketidak seimbangan anatara kaya dan miskin

4.0. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KETIDAK SEIMBANGAN PEMBANGUNAN
i. faktor fizikal- bentuk muka bumi
ii. taburan sumber alam yang tidak seimbang
i. kesan penjajahan
ii. faktor politik, dasar dan perancangan kerajaan
iii. kadar perindustrian yang berbeza
iv. faktor pembandaran dan proses urbanisasi
v. faktor penduduk- kepadatan dan saiz penduduk
vi. faktor ssosial- kemudahan pendidikan, frasarana, kesihatan, perhubungasn dan pengangkutan

5.0. LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KETIDAK SEIMBANGAN PEMBANGUNAN ANTARA WILAYAH
i. program pembangunan in- situ-kemudahan fizikal kawasan setempat
ii. program pembangunan pertanian bersepadu
iii. penyelerakan dan penyebaran industri ke kawasan desa
iv. rancangan pembangunan wilayah secara khusus
v. memabndarkan kawasan luar bandar yang berfungsi sebagai pusat pertumbuhan desa
vi. program lain menubuhkan pusat –pusat kemudahan pendidikan, pengangkutan perhubunagn, rekreasi dll


6.0. RANCANGAN PEMBANGUNAN WILAYAH
i. wilayah jengka- FELDA- pahang -1972
ii. wilayah DARA- felcra dan felda- pahang tenggara-1972
iii. wlayah ketengah- 1973- ditadbir oleh ketengah
iv. wilayah kesedar- 1978- ditabbir oleh kesedar
v. wilayah kejora- 1972- diadbir oleh kejor


7.0. LANGKAH-LANGKAH MEMBANDARKAN KAWASAN LUAR BANDAR

i. mewujudkan bandar-bandar baru di kawsan pembangunan wilayah
ii. membandarkan pekan-pekan yang berpotensi
iii. konsep pembandaran simpang –pekan-pekan di persimpangan jalan utama dimodenka n dan dimajukan- persimpangan gambang- bandar mec
iv. mewujudkan bandar industri- banadar baru nilai, bandar baru gebeng, bandar baru mersing
v. menaik taraf sosial penduduk- menubuhkan institusi pendidikan menengah, tingggi –uum
vi. membantu penududuk luar bandar memajukan industri kecil dan sederhana ik

GEOGRAFI
Alam Sekitar Manusia





Tema 4 : Globalisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau
                                                                
Soalan 1

a)      Huraikan konsep Liberalisasi Ekonomi dan Degerulasi Ekonomi seperti mana yang terkandung dalam istilah Globalisasi Ekonomi.                             (6m)

Globalisasi ekonomi ialah satu proses di mana sempadan negara-negara di dunia kini menjadi satu unit yang boleh dihubungkan dengan cepat, mudah, pantas dan rapat. atau lebih dikenali dengan ‘Dunia Tanpa Sempadan’ menerusi ledakan dan kemajuan yang dicapai dalam teknologi maklumat ( IT ) maka segala pergerakan modal, teknologi, kepakaran (R&D), bahan, informasi pasaran dan perdagangan boleh menembusi mana-mana negara yang mengamalkan konsep pasaran bebas tanpa had atau batas sempadan. terdapat dua konsep penting yang dibawa oleh arus globalisasi ekonomi iaitu:

Ø  Liberalisasi Ekonomi, iaitu dasar pasaran bebas yang memberikan peluang kepada sesiapa sahaja yang termasuk pemodal-pemodal asing memasuki seterusnya menguasai pasaran dan ekonomi sesebuah negara tanpa batas. Persaingan pasaran dan ekonomi akan menjadi terbuka dan bebas. Aliran keluar – masuk modal dan perdagangan dalam sesebuah negara itu juga tidak boleh disekat atau dikawal oleh kerajaan. Ia bergantung sepenuhnya kepada kuasa-kuasa pasaran ( kuasa permintaan dan penawaran ). Seluruh dunia akan menjadi sebuah negara yang terbuka kepada semua yang berkemampuan dan berkesanggupan mengeksploitasi pasaran.
Ø  Dergulasi Ekonomi, iaitu penghapusan segala peraturan dan sekatan ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara yang selama ini menghalang aktiviti perdagangan, pengairan dan pemilikan modal, teknologi, perniagaan pasaran barangan serta serta perkhidmatan dan lain-lain dasar perlindungan penghapusan subsidi, penghapusan sekatan tariff, penghapusan skim keutamaan dagangan ( PTA ), penghapusan dasar kawalan modal berpilih seperti mana yang diamalkan oleh Malaysia kini dan lain-lain yang bertentangan dengan tuntutanpasaran bebas.   

b)      Jelaskan empat kesan kepada sesebuah negara Asia Pasifik apabila ia menerima pakai konsep globalisasi ekonomi.

Ø  Kesan positif
-          Menambahkan keupayaan modal dalam negara. Negara Asia Pasifik yang tergolong dalam kelompok negara sedang membangun dan juga negara mundur tidak mempunyai modal yang cukup untuk menggerakkan sektor ekonomi moden khususnya sektor industri dan perkhidmatan. Industri teknologi tinggi ( IIITEC ) misalnya amat memerlukan modal yang banyak.Dengan suntikan modal asing membolehkan industri berkembang pesat, peluang pekerjaan kepada rakyat akan bertambah, memutuskan lingkaran kemiskinan yang selama ini menghimpit negara-negara sedang membangun dan lain-lain .
-          Menggalakkan pemindahan teknologi, kepakaran dan R&D. Selain modal, tahap teknologi yang mundur dan kekurangan tenaga pakar juga menjadi halangan utama kepada sebahagian besar negara-negara sedang membangun untuk maju dalam sektor ekonomi moden. Hanya globalisasi sahaja yang akan menggalakkan kemasukan teknologi moden dan pemindahan kepakaran dari negara-negara yang lebih maju seperti Jepun , Amerika Syarikat, German dan lain-lain. Contoh teknologi HITEC, teknologi komunikasi dan lain-lain.

Ø  Kesan negatif
o   Kegawatan ekonomi. Wang boleh bergerak keluar merentasi sempadan sesebuah negara debgan hanya menekan butang computer sahaja. Dengan penarikan keluar ‘wang panas’ secara mendadak dari sesebuah negara akan menyebabkan negara itu menjadi muflis, operasi industri dalam negara akan terhenti, pengangguran akan bertambah, beban hutang luar meningkat dan ekonomi negara gawat. Contohnya Malaysia kehilangan modal luar hampir 400 bilion ringgit dalam tempoh kegawatan tersebut.
o   Tekanan ekonomi dan bebanan kepada golongan miskin. Globalisasi bersama dengan konsep deregulasinya bermakna menghapuskan hak-hak keistimewaan dan subsidi yang selama ini dilakukan oleh kerajaan untuk melindungi rakyatnya. Apabila subsidi terhapus harga barangan dan perkhidmatan akan meningkat, kos hidup akan meningkat dan golongan miskin akan menderita dan mungkin boleh membawa kepada kegawatan sosial serta politik seperti yang berlaku di Indonesia.

c)      Mengapakah sesebuah negara perlu saling bergantung antara satu sama lain?                                                                                                                        ( 10m )

Kepentingan saling bergantung antara negara
v  Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perkongsian sumber-sumber bahan mentah dan juga sumber tenaga. Sesetengah negara / kawasan tidak mempunyai bekalan tenaga yang cukup bagi menggerakkan sektor industrinya. Ia amat bergantung kepada negara / kawasan  luar bagi memperolehi sumber tenaga tersebut. Misalnya Malaysia amat bergantung kepada Thailand dalam memperolehi bekalan beras negara. Pendek kata, dalam sistem ekonomi terbuka , keadaan saling bergantung sudah menjadi satu kemestian.

v  Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perkongsian dan pemindahan teknologi, penyelidikan dan pembangunan ( R&D ) serta inovasi baru dalam pelbagai bidang ekonomi. Tanpa teknologi sesebuah negara / kawasan tidak boleh dibangunkan walaupun ia mungkin kaya dengan sumber alam. Dengan adanya pemindahan dan perkongsian teknologi moden muka bidang-bidang seperti pembangunan sumber manusia, sumber tenaga, perindustrian, sumber marin, pelancongan, pertanian dan sebagainya oleh dimajukan dengan cepat. Sebagai contoh dalam usaha memperkembangkan Industri Berteknologi Tinggi ( IIITEC ) di Malaysia ia amat bergantung kepada pemindahan teknologi dari negara Jepun. Misalnya teknologi kejenteraan automasi, teknologi reka bentuk dan teknologi kawasan mutu.

v  Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perluasan pasaran dan perdagangan antara negara/kawasan. Dengan adanya kerjasama dan saling bergantung maka sesebuah negara itu boleh memperluaskan pasaran barangan dan perkhidmatan mereka ke negara/kawasan lain. Kesan-kesan positif daripada perluasan dan perkongsian pasaran akan dapat dinikmati bersama khususnya dari segi pertambahan permintaan dan juga kuasa beli pengguna. Misalnya barangan negara-negara Asia Tenggara boleh dijual di pasaran Eropah dan Amerika Syarikat.

v  Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perkongsian modal. Kekurangan dalam sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain sama ada daripada pelaburan kerajaan mahupun pelaburan swasta. Keuntungan pelaburan modal akan diperolehi melalui prinsip perkongsian bijak seperti kaedah pelaburan bersama atau kaedah pelaburan silang. Contohnya melalui perkongsian modal swasta telah mempercepatkan proses pembangunan ekonomi di kawasan Segitiga pertumbuhan ASEAN iaitu di IMT-GT, IMS-GT dan juga EAGA-BIMP.

v  Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perkongsian buruh dan tenaga pakar. Kekurangan buruh dan tenaga pakar dalam sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain yang berlebihan buruh. Contohnya Malaysia akan bergantung kepada buruh-buruh Indonesia dalam sektor perladangan dan pembinaan.

Soalan 2

Dengan merujuk kepada Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik ( Asia Pasific Economic Cooperation – APEC ):
a)      Nyatakan lima projek kerjasama yang dirancang dan dipersetujui untuk dilaksanakan olehnya.                                                                                ( 5m )
b)     Mengapakah negara-negara anggota APEC perlu berkerjasama antara satu sama lain?                                                                                                       ( 10m )
c)      Huraikan lima masalah yang boleh menghalang kerjasama yang lebih kukuh dalam kalangan negara-negara anggota APEC.                                             ( 10m )

Jawapan :-

a)      Terdapat 10 projek kerjasama yang telah digubal oleh Jawatan Kuasa Kerja APEC pada tahun 1991. Projek-projek tersebut telah dipersetujui untuk dilaksanakan oleh semua anggota APEC. Di antaranya ialah:-

1)      Projek menilai data perdagangan dan pelaburan yang diketuai oleh Jepun, Amerika Syarikat dan Singapura.
2)      Projek promosi perdagangan yang diketuai oleh Korea Selatan, Malaysia dan Thailand.
3)      Projek pelaburan dan pemindahan teknologi yang diketuai oleh Jepun, Indonesia dan Filipina.
4)      Projek pembangunan sumber manusia yang diketuai oleh Jepun, Korea Selatan, Thailand, Indonesia, Kanada dan Malaysia.
5)      Projek pembangunan sumber tenaga yang diketuai oleh Australia.
6)      Projek telekomunikasi yang diketuai oleh Amerika Syarikat.
7)      Projek pembangunan sumber marin yang diketuai oleh Kanada, Indonesia dan New Zealand.
8)      Projek perikanan yang diketuai oleh New Zealand, Thailand dan Jepun.
9)      Projek pengangkutan yang diketuai oleh Amerika Syarikat.
10)  Projek pelancongan yang diketuai oleh Amerika Syarikat.

b)      Pentingnya negara-negara anggota APEC bekerjasama antara satu sama lain adalah:

v  Untuk saling memperoleh keuntungan dalam konteks perdagangan antara negara. Contohnya maklumat pasaran dan data perdagangan seratau dengan mudah dan cepat diperoleh dan digunakan semua negara dengan adanya projek Jalinan Maklumat Elektronik APEC yang dihubungkan menerussi sistem perhubungan global yang beribu pejabat di Singapura ( Singapore TDB Globalink ).Semua data boleh digunakan oleh semua negara APEC dengan mudah dan cepat.

v  Untuk saling memperolehi keuntungan dari segi perluasan saiz pasaran . Kesan-kesan positif melalui perluasan pasaran boleh dinikmati oleh semua negara anggota APEC menerusi pertambahan penduduk serantau dan peningkatan kuasa  beli yang menyebabkan barangan dan perkhidmatan boleh dijual ke serata dunia. Kuasa - kuasa pasaran negara APEC boleh diketahui dengan mudah.

v  Untuk memperolehi peluang perkongsian teknologi, R&D dan inovasi baru dalam pelbagai bidang seperti bidang tenaga, telekomunikasi, pelancongan, pengangkutan dan lain-lain. Negara-negara APEC yang kurang maju boleh menikmati keuntungan pemindahan teknologi dari negara yang lebih maju.

v  Saling menguntungkan dari segi perkongsian pelaburan modal / kewangan menerusi pelbagai konsep dan kaedah yang diperkenalkan seperti pelaburan silang dan pelaburan bersama.

v  Untuk memperolehi keuntungan dalam konteks pengairan buruh dan kepakaran. Kekurangan buruh dan kepakaran alam sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain melalui pelbagai bentuk kerjasama seperti latihan lanjutan luar negara pinjaman tenaga pakar dan sebagainya.

v  Untuk memperoleh keuntungan dalam konteks pembangunan sumber alam sekitar yang lestari. Pengurusan dan penjagaan alam sekitar di negara masing-masing akan menjadi lebih mapan menerusi pertukaran maklumat dan teknologi terkini. Isu-isu alam sekitar serantau seperti pencemaran laut, jerebu dan lain-lain akan ditangani bersama.

c)      Di antara masalah-masalah yang boleh menghalang kerjasama ekonomi yang lebih kukuh dalam kalangan negara-negara anggota APEC bagi mencapai sebuah wilayah ekonomi yang benar-benar maju:


Ü  Wujudnya jurang ekonomi yang begitu berbeza antara sesama negara anggota. Terdapat negara yang kaya dan miskin. Negara yang kaya seperti USA dan Jepun akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dan memonopoli ekonomi negara-negara yang lemah kerana APEC mewujudkan rantau ekonomi yang terbuka.

Ü  Masalah sikap kepentingan melebihi daripada kepentingan serantau terutamanya dari negara-negara yang lebih maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat. Contohnya Jepun sendiri enggan menjadi pemimpin negara-negara APEC kerana ancaman rakan dagangan Amerika dan negara-negara kesatuan Eropah ( EU ).

Ü  Masalah kejatuhan nilai mata wang yang melanda sebahagian besar negara-negara anggota APEC khususnya di rantai Asia Tenggara termasuk Asia Timur seperti Korea Selatan. Hal ini menyebabkan sistem ekonomi negara berkenaan lumpuh, negara menjadi bankrap dan kegawatan ekonomi.

Ü  Masalah politik yang tidak stabil yang dihadapi oleh sesetengah negara anggota APEC yang mewujudkan iklim pelaburan yang tidak sihat disamping menjejaskan kestabilan serantau. Contohnya negara Indonesia pada masa kini menghadapi pelbagai tuntutan autonomi di wilayah Ambon dan Timur-timur yang sudah tentunya menjejaskan pembangunan ekonomi dan pelaburan di rantau berkenaan.

Ü  Masalah kekurangan teknologi dan kepakaran yang masih rendah yang dimiliki oleh sebahagian besar negara-negara anggota APEC. Hanya negara-negara tertentu sahaja yang maju dan kaya.

Soalan 3

Terdapat sebuah pakatan kerjasama antara negara-negara di rantau Asia Tenggara.
a)      Nyatakan nama pakatan negara itu dan negara-negara yang menganggotainya.                                                                                               [ 5m ]
b)     Mengapakah negara-negara tersebut perlu bekerjasama antara satu sama lain?                                                                                                                     [ 20m ]

Jawapan :-

a)      Pakatan Kerjasama dan negara yang menganggotainya

Ü   Menyebut nama pakatan kerjasama yang dimaksudkan iaitu ASEAN      ( Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara ).

Ü   Menyenaraikan negara-negara yang menganggotainya iaitu: Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina, Thailand, Myanmar, Vietnam dan Laos.

b)      Sebab-sebab negara-negara ASEAN perlu bekerjasama antara satu sama lain:

Ü   Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks meningkatkan perdagangan antara negara ASEAN. Hal ini dicapai menerusi Perjanjian Keutamaan Perdagangan ( PTA ) dengan memberi tarif khas atau bebas cukai kepada sesetengah barangan dari sesama negara anggota. Kesannya ia dapat mengurangkan pergantungan kepada negara maju yang selalunya tidak adil dalam konteks hubungan dua hala.

Ü    Untuk saling memperolehi keuntungan dari segi perluasan saiz pasaran. Kesan-kesan positif diperoleh melalui pertambahan penduduk dan peningkatan kuasa beli yang menyebabkan barangan perkhidmatan boleh dijual ke serata negara ASEAN.

Ü   Untuk saling memperolehi keuntungan dari segi perkongsian teknologi, R&D dan inovasi baru dalam pelbagai bidang seperti perindustrian, tenaga, pertanian, perikanan, perhutanan, pengangkutan dan lain-lain yang pastinya memberikan keuntungan kepada semua negara anggota.

Ü   Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perkongsian pelaburan modal / kewangan menerusi pelbagai konsep dan kaedah seperti pelaburan silang, pelaburan bersama, koperasi kewangan ASEAN dan lain-lain yang dilangsungkan di bawah Jawatankuasa Kewangan dan Bank ( COFAB ).

Ü   Untuk saling memperoleh keuntungan daripada keadaan saling melengkapi dan pengkhususan pengeluaran barangan industri pembuatan dan perkhidmatan serta sumber alam dan tenaga. Kekurangan sesebuah negara boleh ditampung oleh kelebihan dari negara lain.

Ü   Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks pengairan buruh dan kepakaran. kekurangan buruh dan tenaga pakar dalam sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain. Di samping itu, sesetengah negara ASEAN yang mengalami masalah lebihan buruh boleh mengurangkan masalah lebihan tenaga buruhnya.

Ü   Saling keuntungan dalam konteks penjagaan alam sekitar dan keselamatan serantau seperti ancaman lanun serta menangani pemasalahan alam sekitar. Contohnya menjadi tanggungjawab bersama untuk menjaga perairan Selat Melaka dan menangani masalah pencemaran merentasi sempadan seperti jerebu dan pencemaran tumpahan minyak.

Ü   Untuk saling menikmati kestabilan politik serantau dan mengamalkan prinsip ZOPFAN. Mewujudkan kestabilan politik serantau melalui prinsip tidak campur tangan hal-ehwal politik dalaman dalam kalangan negara-negara anggota di samping mewujudkan zon aman, bebas dan berkecuali ( ZOPFAN ) tanpa campur tangan pihak luar.


Soalan 4

a)      Secara ringkasnya huraikan empat rancangan pembangunan ekonomi yang telah, sedang dan akan dilaksanakan di kawasan segitiga pertumbuhan ASEAN.                                                                                                           [ 8m ]
b)      Jelaskan tiga saling keuntungan yang akan diperoleh oleh negara-negara ASEAN melalui pembentukan kawasan segi tga pertumbuhan.                  [ 9m ]
c)      Huraikan empat masalah utama yang boleh menghalang kemajuan pembangunan ekonomi di kawasan segi tiga pertumbuhan ASEAN.  [ 8m ]

Jawapan :-


a)      Rancangan pembangunan ekonomi yang telah, sedang dan akan dilaksanakan di kawasan segitiga pertumbuhan

o   Pembangunan sektor pelancongan. Memajukan industri perhotelan atau memajukan sumber-sumber maritime untuk tujuan pelancongan seperti menjadikan kepulauan Riau sebagai pusat pelancongan baru di IMS-GT, Langkawi, Phuket dan Acheh ‘ Pintu Masuk Pelancong ASEAN ‘di bawah IMT-GT di samping mewujudkan kawasan bebas cukai.
o   Pembangunan sektor pengangkutan. Khususnya laluan darat udara dan air / perkapalan seperti Jalan Kereta Api Trans-Borneo di bawah EAGA-BIMP, Projek Line ke-2 Johor dengan Singapura di bawah IMS-GT dan perkhidmatan feri Langkawi-Phuket-Acheh di bawah IMG-GT. Perkembangan sistem dan jaringan pengangkutan ini menjadi pemangkin utama untuk memajukan sektor-sektor ekonomi yang lain.
o   Pembangunan sistem perhutanan. Meliputi sumber-sumber pembalakan khususnya di kawasan EAGA yang amat kaya denga hutan di samping program pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.
o   Pembangunan sistem telekomunikasi. Sektor ini juga amat berpotensi untuk berkembang dengan pesat misalnya projek Internet ASEAN dengan Thailand sebagai pusatnya di bawah program IMT-GT. Progam pertukaran siaran Radio & TV dan lain-lain maklumat budaya membolehkan interaksi sosial antar negara akan menjadi rapat.
o   Pembangunan  sektor pembandaran. Mewujudkan bandar-bandar baru melalui pendekatan pelaburan bersama seperti projek Bandar Nusa Jaya sebagai bandar terapung di Tanjung Pelepas di Johor di bawah rancangan IMS-GT. Perkhidmatan pembandaran akan menguntungkan banyak pihak.

b)      Kepentingan / saling keuntungan yang diperolehi oleh negara-negara ASEAN melalui pembentukan segi tiga pertumbuhan.

o   Saling keuntungan dalam konteks mempercepatkan pembangunan sumber alam di kawasan terbabit. Kawasan segitiga dikenal pasti memang kaya dengan sumber-sumber alam yang belum dimanfaatkan sepenuhnya. Justeru dengan wujudnya kerjasama ini sumber-sumber ini dapat dibangunkan dan dimajukan dengan lebih cepat tanpa membazir. Contohnya sumber hutan, sumber air dan lain-lain. Antara kesan posiyif daripada pembangunan sumber alam ini ialah mempercepatkan pembangunan fizikal seperti kemudahan pengangkutan dan perhubungan.
o   Saling keuntungan dalam konteks perluasan pasaran dan perdagangan antara negara ASEAN yang terbabit dengan segitiga pertumbuhan. Antara kesan positif perluasan pasaran ialah melalui peningkatan jumlah penduduk dan kuasa beli yang menyebabkan barangan dan perkhidmatan boleh dijual dengan mudah tanpa kerenah biokrasi yang cerewet di kawasan segitiga terbabit seperti mewujudkan kawasan bebas cukai.
o   Saling berkegantungan dalam konteks perkongsian pelaburan modal. Kekurangan modal yang dihadapi oleh pihak swasta tempatan dalam sesebuah negara akan ditampung oleh pihak swasta yang lain yang terlibat dalam pakatan segitiga terbabit seterusnya wujud keadaan saling melengkapi.dengan adanya perkongsian modal ini membolehkan sektor-sektor ekonomi di kawasan segitiga pertumbuhan seperti sektor pelancongan, perhutanan dan lain-lain dapat dibangunkan dengan cepat.

c)      Masalah-masalah utama yang dihadapi oleh pakatan Segitiga pertumbuhan ASEAN dalam memajukan pembangunan ekonominya

o   Masalah kegawatan ekonomi serantau yang menjatuhkan nilai mata wang masing-masing berbanding dengan dolar US telah menjejaskan banyak projek pembangunan di bawah segitiga pertumbuhan yang telah dipersetujui sebelumnya/Projek tergendala. Penurunan nilai mata wang negara-negara ASEAN telah menyebabkan kenaikan kos projek yang begitu mendadak. Para pelabur tempatan tidak mempunyai modal yang cukup.
o   Masalah fizikal seperti bentuk muka bumi yang terlalu bergunung-ganang dan berpulau. Menimbulkan kesukaran perhubungan. Halangan fizikal menjadi masalah utama untuk pembinaan kemudahan infrastruktur sebagai asas sesuatu projek pembangunan. Misalnya bmuka bumi yang bergunung-ganang menghalang pembinaan lebuh raya Trans Borneo dalam kawasan EAGA-BIMP.
o   Masalah politik ( tuntutan bertindih antara negara ) dan juga keselamatan seperti ancaman lanun dan keselamatan di sempadan. Contohnya tuntutan antara Malaysia dengan Indonesia terhadap Pulau Sipadan dan Ligitan di Sabah dan ancaman lanun di Filipina. Masalah politik dan keselamatan ini terletak dalam kawasan IMS-GT.
o   Masalah pasaran terhad. Saiz penduduk kecil dan kuasa beli rendah. Kebanyakan kawasan segitiga pertumbuhan mempunyai penduduk yang jarang seperti di kepulauan Borneo di samping penduduk yang miskin. Perluasan pasaran, kuasa beli dan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan adalah rendah.
Soalan 5

a.      Apakah yang anda faham dengan “Segi Tiga Pertumbuhan” ? (5 M)
           
            Segi Tiga Pertumbuhan merupakan lanjutan daripada kerjasama serantau ASEAN. Segi Tiga Pertumbuhan merujuk kepada kerjasama ekonomi pada kawasan yang lebih kecil di dalam wilayah ASEAN yang melibatkan tiga atau empat buah negara berjiran.

            Teras kerjasama ini ialah saling memperoleh keuntungan apabila negara-negara yang berjiran saling membantu dan melengkapi antara satu saama lain untuk memajukan kawasan yang telah dipilih. Kawasan yang dipilih itu dikenal pasti sebagai pusat pertumbuhan yang baru yang akan dimajukan secara bersama supaya keuntungan dikongsi secara bersama oleh ketiga-tiga negara terbabit.

            Kawasan tersebut akan dibangunkan oleh pihak swasta antara negara manakala kerajaan hanya bertindak sebagai fasilitator. Terdapat dua strategi kerjasama yang popular untuk memajukan kawasan segi tiga pertumbuhan ASEAN konsep pelaburan bersama dan konsep pelaburan silang.

b)     Bezakan istilah liberalisasi ekonomi dengan Deregulasi Ekonomi. (8M)

Liberalisasi ekonomi ialah dasar pasaran bebas yang memberikan peluang kepada sesiapa sahaja termasuk pemodal-pemodal asing memasuki dan menguasai pasaran dan ekonomi sesebuah negara tanpa batas.
Persaingan pasaran dan ekonomi akan menjadi terbuka dan bebas. Aliran keluar-masuk modal dan perdagangan dalam sesebuah negara itu juga tidak boleh disekat atau dikawal oleh kerajaan. Liberalisasi ekonomi bergantung sepenuhnya kepada kuasa-kuasa pasaran iaitu kuasa permintaan dan penawaran. Seluruh dunia menjadi sebuah negara yang terbuka kepada semua yang berkemampuan dan berkesanggupan mengeksploitasikan pasaran.
Deregulasi ekonomi merupakan dasar penghapusan segala peraturan dan sekatan ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara yang selama ini menghalang aktiviti perdagangan, perkhidmatan, dan lain-lain.
Sebagai contoh penghapusan dasar perlindungan, penghapusan subsidi, penghapusan sekatan tarif, penghapusan skim keutamaan dagangan (PTA), penghapusan dasar kawalan modal terpilih, dan lain-lain yang bertentangan dengan tuntutan pasaran bebas. Deregulasi ekonomi seperti ini diamalkan oleh Malaysia masa kini.

c)      Mengapakah negara-negara sedang membangun masih perlu bergantung kepada negara-negara maju dalam memperkembangkan ekonominya? (15M)

Dalam sistem ekonomi global, tidak ada sebuah negara yang mempunyai ekonomi yang lengkap. Walaupun negara tersebut mempunyai kelebihan dalam sesuatu aspek tetapi pada masa yang sama kekurangan pada aspek yang lain. Oleh sebab itu, setiap negara perlu bergantung antara satu sama lain demi mewujudkan keadaan saling melengkapi agar pembangunan sosioekonomi negara terlibat lebih pantas berkembang.

Antara kepentingan saling bergantung antara negara ialah  perkongsian sumber-sumber alam khususnya bahan mentah dan sumber tenaga. Sesetengah negara atau kawasan tidak mempunyai bekalan tenaga yang cukup bagi menggerakkan sektor industri dalam negara. Oleh sebab itu negara terpaksa bergantung kepada negara luar bagi memperoleh sumber kuasa tersebut. Misalnya, negara Jepun terpaksa terpaksa bergantung kepada negara-negara Teluk dan negara-negara Asia yang lain bagi memperoleh bekalan petroleum. Negara-negara Teluk atau Arab pula yang kekurangan sumber minyak kelapa sawit terpaksa bergantung kepada negara-negara Asia Tenggara khususnya Malaysia untuk mendapatkannya. Malaysia juga bergantung kepada Thailand untuk mendapat bekalan beras.

Selain itu, perkongsian dan pemindahan teknologi, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi baru dalam pelbagai bidang ekonomi juga merupakan kepentingan saling bergantung antara negara. Tanpa teknologi sesebuah negara atau kawasan tidak boleh dibangunkan walaupun negara tersebut kaya dengan sumber alam. Melalui pemindahan dan perkongsian teknologi moden maka bidang-bidang pembangunan sumber alam, sumber tenaga, perindustrian, marin, pelancongan, pertanian dan sebagainya di sesebuah negara boleh dimajukan. Contohnya, dalam usaha untuk memperkembangkan Industri Berteknologi Tinggi (HITEC) di Malaysia, negara bergantung kepada pemindahan teknologi dari negara Jepun seperti teknologi kejenteraan automasi, teknologi reka bentuk dan teknologi kawalan mutu. Malaysia juga bergantung kepada perkongsian dan pemindahan teknologi maklumat (IT) dari Amerika Syarikat. Antaranya ialah seperti idea dan teknologi MSC di negara ini yang berkonsepkan teknologi lembah silikon di Amerika Syarikat.

Di samping itu, perluasan pasaran dan perdagangan antara negara atau kawasan. Dengan adanya kerjasama dan saling bergantung, maka sesebuah negara boleh memperluaskan pasaran barangan dan perkhidmatan mereka ke negara atau kawasan lain. Kesan-kesan positif daripada perluasan dan perkongsian pasaran dapat dinikmati bersama khususnya daripada segi pertambahan permintaan dan kuasa beli pengguna. Misalnya, barangan-barangan dari negara-negara Asia Tenggara boleh dijual di pasaran negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat.


Perkongsian modal. Kekurangan modal dalam sesebuah negara atau kawasan boleh ditampung oleh negara lain sama ada daripada pelaburan kerajaan mahupun swasta. Keuntungan pelaburan modal akan diperoleh melalui prinsip perkongsian bijak seperti kaedah pelaburan bersama ataupun kaedah pelaburan silang. Contohnya, perkongsian modal swasta telah mempercepatkan proses pembangunan ekonomi di kawasan segi tiga pertumbuhan ASEAN iaitu IMT-GT, IMS-GT, EAGA-BIMP. Perkembangan dalam ekonomi membolehkan rakyat di negara-negara berjiran dalam kawasan segi tiga pertumbuhan tersebut menikmati limpahan pembangunan yang berlaku secara bersama. Manakala pihak swasta pula memperoleh keuntungan melalui pegangan ekuiti yang telah di persetujui antara mereka dengan kerajaan.

Perkongsian buruh dan tenaga pakar. Kekurangan buruh dan tenaga pakar dalam sesebuah negara atau kawasan boleh ditampung oleh negara lain yang berlebihan tenaga buruh. Contohnya, Malaysia yang bergantung kepada buruh-buruh dari Indonesia dalam sektor perladangan dan pembinaan. Kemasukan buruh dari Indonesia membolehkan sektor pembinaan seperto perumahan dan bangunan di Malaysia berkembang dengan pesat. Indonesia pula memperoleh keuntungan melalui pengaliran wang hasil daripada gaji yang diterima oleh pekerja dari negara tersebut. Selain buruh, negara-negara yang kekurangan tenaga pakar juga boleh meminjam dari negara yang mempunyai kepakaran yang tinggi khususnya dari negara maju. Saling keuntungan diperoleh melalui pengembangan latihan kemahiran lanjutan di luar negara, program usahasama pembangunan sumber manusia (HRD) dan saling bertukar kepakaran.


Soalan 6 ( STPM 2009 )

a)      Apakah yang dimaksudkan dengan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC)                                                                                                                             [5m]
b)      Huraikan perbezaan ciri keanggotaan antara APEC dengan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara ( ASEAN ).                                                        [10m]
c)      Jelaskan bagaimana APEC dapat memberikan manfaat kepada negara anggotanya.                                                                                           [10m]

Jawapan :

a)      Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik ( APEC ) ialah satu pertumbuhan separuh rasmi yang telah dibentuk melalui persidangan pertama pada November 1989, di Canberra, Australia. Terdiri daripada 18 buah negara anggota, antaranya Malaysia, Indonesia, Thailand, Kanada dan lain-lain.

b)      Perbezaan APEC dan ASEAN


APEC
ASEAN
  i.      satu pertumbuhan separuh rasmi yang telah dibentuk melalui persidangan pertama pada November 1989, di Canberra, Australia.
     i.      Persatuan Negara-negara Asia Tenggara yang ditubuhkan di Bangkok pada tahun 1967.
ii.      Mempunyai 18 buah negara anggota
   ii.      Dianggotai oleh sepuluh buah negara di rantau Asia Tenggara dan dikenali sebagai ASEAN 10.
iii.      Antaranya ialah :
   Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina, Brunei, Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Australia, New Zealand, Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan, China, Jepun, Papua New Guinea dan Chile.
 iii.      Antaranya :
Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura, Filipina, Brunei, Vietnam, Kampuchea, Laos dan Myanmar.
iv.      Memilih Singapura sebagai sekreatariat tetap. Memulakan operasi pada awal tahun 1993.
 iv.      Ditubuhkan pada tahun 1967 melalui Deklarasi Bangkok 1967 yang pada mulanya hanya mempunyai lima buah negara di Asia Tenggara iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.
v.     
   v.     

c)      APEC memberi manfaat kepada negara anggotanya :

ª      Perdagangan antara negara. Idea liberalisasi perdagangan diharap dapat dinikmati oleh semua negara dan tidak dimonopoli oleh negara tertentu sahaja. Contohnya Projek Jalinan Maklumat Elektronik APEC ( APEC ELIN ) dihubungkan menerusi sistem perhubungan global yang beribu pejabat di Singapura ( Singapore TDM Globalink ) membolehkan maklumat pasaran dan data perdagangan serantau diperoleh dengan cepat dan mudah oleh semua negara anggota.

ª      Perluasan saiz pasaran dan kesan-kesan positif melalui perluasan pasaran. Keadaan ini dinikmati oleh semua negara anggota APEC menerusi pertambahan penduduk serantau dan peningkatan kuasa beli yang menyebabkan barangan dan perkhidmatan boleh dijual ke serata negara. Konsep globalisasi pula membolehkan semua pasaran negara anggota APEC dapat ditembusi tanpa halangan atau sekatan yang ketat.

ª      Perkongsian teknologi, R&D dan inovasi baru. Perongsian teknologi, R&D dan inovasi barudalam pelbagai bidang seperti bidang tenaga, pembangunan sumber manusia, telekomunikasi dan sebagainya. Negara APEC yang kurang maju boleh menikmati keuntungan pemindahan teknologi dari negara yang lebih maju. Hal ini boleh dicapai dan diselaraskan melalui projek Rangkaian Teknologi Maklumat dan Pelaburan Asia Pasifik ( APITIN ).

ª      Perkongsian pelaburan modal atau kewangan. Dilakukan melalui pelbagai konsep pelaburan silang, pelaburan bersama dan pelaburan langsung dalam pelbagai bidang ekonomi seperti pertanian, pelancongan dan lain-lain. Selain membantu mengembangkan ekonomi negara yang lebih mundur, anggota negara APEC yang maju dapat menikmati keuntungan daripada skim intensif pelaburan, taraf perintis dan kos tenaga buruh yang murah di negara yang dilaburinya.

ª      Pengaliran buruh dan tenaga pakar dalam sesebuah negara ditampung oleh negara lain melalui pelbagai bentuk kerjasama seperti latihan lanjutan luar negara, pinjaman tenaga pakar, atau projek Pembangunan Sumber Manusia     ( HRD ) Pelbagai Hala Asia Pasifik.

ª      Pembangunan sumber alam sekitar yang lestari. Pengurusan dan penjagaan alam sekitar di negara masing-masing akan menjadi mapan menerusi pertukaran maklumat dan teknologi terkini. Isu-isu alam sekitar serantau seperti pencemaran laut, jerebu, pencerobohan perairan perikanan diluar daripada ZEE dan isu kepupusan sumber marin ditangani secara bersama.



STPM 1999/K2/6

1     (a)Mengapakah pakatan segi tiga pertumbuhan ditubuhkan di rantau Asia Tenggara?                                                                                                 [13m]

(b)huraikan secara ringkas empat program kerjasama pakatan segi tiga pertumbuhan    yang telah dilaksanakan.                                                      [12m]

SKEMA JAWAPAN:

(a)Antara sebab-sebab mengapa pakatan segi tiga pertumbuhan ditubuhkan ialah:

-Untuk menpercepatkan lagi pertumbuhan ekonomi dalam pelbagai sector di antara negara-negara ASEAN yang berjiran yang termasuk dalam kawasan segi tiga pertumbuhan tersebut. Segi  tiga pertumbuhan menjadi pusat pertumbuhan ekonomi ASEAN yang baru.

-Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks pembangunan sumber alam. Kawasan segi tiga sememangnya kaya dengan sumber-sumber alam yang belum dimanfaatkan sepenuhnya seperti sumber hutan, sumber maritim, sumber tenaga, sumber air dan sebagainya.

-Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perluasan pasaran dan perdagangan antara kawasan/intra-ASEAN. Kesan-kesan positif daripada perluasan pasaran setempat akan dinikmati bersama. Misalnya melalui kewujudan kawasan bebas cukai.

-Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perkongsian pelaburan modal/kewangan berdasarkan prinsip perkongsian bijak yang dilakukan menerusi pelaburan bersama ataupun pelaburan silang oleh pihak swasta.

-Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perkongsian teknologi,R&D dan inovasi baru dari negara jiran  yang lebih maju ke kawasan segi tiga terbabit. Pemindahan teknologi membolehkan sumber-sumber yang ada dapat dibangunkan dengan cepat.

-Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks pengaliran buruh dan tenaga pakar. Kekurangan buruh dan kepakaran di sesuatu kawasan segi tiga akan dapat ditampung oleh buruh dan tenaga pakar dari Negara jiran.

-Kerjasama dalam menjaga alam sekitar dan keselamatan. 







(b) i)Program kerjasama pembangunan sektor pelancongan- memajukan industry perhotelan/resort atau memajukan sumber-sumber maritim untuk tujuan pelancongan seperti menjadikan Pulau Riau sebagai pusat pelancongan baru di bawah IMS-GT. Langkawi-Phuket-Acheh sebagai ‘pintu’ masuk pelancongan ASEAN di bawah IMT-GT

ii)Program kerjasama pembangunan sector pengangkutan- khususnya laluan darat , udara dan air/perkapalan. Misalnya jalan kereta api Trans-Borneo di bawah EAGA-BIMP, Projek Line ke-2 Johor dengan Singapura di bawah IMS-GT dan juga perkhidmatan feri Langkawi-Phuket-Acheh dibawah IMT-GT

iii)Program kerjasama pembangunan sector pertanian dan perikanan- khususnya  berkaitan dengan sektor perladangan kelapa sawit dan getah di bawah EAGA dan juga sektor makanan/padi di bawah IMT-GT. Kerjasama perikanan pula meliputi perikanan pinggir pantai, laut dalam dan akuakultur.

iv)Program kerjasama pembangunan sector perhutanan- meliputi usahasama memajukan sumber-sumber pembalakan  khususnya di bawah EAGA yang sememangnya kaya dengan sumber hutan di samping program kerjasama pemeliharaan dan pemuliharaan.

v)Program kerjasama membangunkan infrastruktur fizikal- seperti jaringan jalan raya, bekalan tenaga, sumber air, system perhubungan dan lain-lain terutamanya di wilayah yang baru berkembang misalnya di Lembah Mindano di bawah EAGA.

vi)Program kerjasama pembangunan sektor perindustrian- tumpuan diberikan kepada sektor industri berasaskan  sumber seperti industri pemerosesan pertanian (agro-based industry) terutamanya di IMT-GT dan EAGA sertra industri berintensif buruh di IMS-GT dan IMT-GT

vii)Program kerjasama membangunkan sektor pembandaran- mewujudkan bandar-bandar  baru melalui pendekatan pelaburan bersama seperti projek bandar Nusa Jaya sebagai Bandar terapung di Tanjung Pelepas Johor di bawah rancangan IMS-GT

viii)Program pembangunan sektor telekomunikasi- termasuk juga program pertukaran siaran radio & TV dan lain-lain program budaya di kawasan segi tiga terbabit yang membolehkan interaksi sosial antara negara jiran akan menjadi lebih rapat.











STPM 2000/k2/6

2) Jadual 2 di bawah menunjukkan nilai perdagangan antara Negara-negara ASEAN pada tahun 1990 dan 1996.

Jadual 2:Nilai Perdangangan antara Negara-negara ASEAN
(juta AS$) pada Tahun 1990 dan 1996

Negara
1990
1996
Brunei
Indonesia
Malaysia
Filipina
Singapura
Thailand
1 131
4 420
16 509
2 198
23 605
7 764
1 700
12 600
37 200
7 000
72 200
19 900
Jumlah
55 627
150 600


(a)Berdasarkan Jadual 2 di atas , lukis graf bar untuk menunjukkan nilai perdagangan antara negara-negara ASEAN pada tahun 1990 dan 1996.           [10m]

(b)Berdasarkan graf bar yang telah anda lukis pada soalan (a) huraikan keadaan perdagangan antara negara-negara ASEAN pad atahun 1990 dan 1996.         [6m]

(c)Jelaskan tiga halangan yang dihadapi oleh negara-negara ASEAN untuk meningkatkan perdagangan.                                                                          [9m]























SKEMA JAWAPAN

(a) Graf bar menunjukkan nilai perdagangan antara negara-negara ASEAN pada tahun 1990 dan 1996(b)keadaan perdagangan antara negara-negara ASEAN pada tahun 1990 dan 1996

-Keseluruhannya semua negara ASEAN mangalami peningkatan nilai perdagangan antara 1990 dan 1996. Jumlah peningkatan adalah sebanyak 94,973 juta US$.

-Peningkatan tertinggi dialami oleh Singapura sebanyak 48,595 juta US$, diikuti Malaysia 20,691 juta US$ dan Thailand 12,136 juta US$.

-Peningkatan yang perlahan dialami oleh Brunei (596 juta US$) diikuti oleh Filipina (4,802 juta US$) dan Indonesia (8,180 juta US$)

(c)Perdagangan intra ASEAN menghadapi beberapa halangan. Antaranya:

-Persaingan sesama negara pengeluar. Komoditi barangan yang homogeneus menyebabkan ancaman perlambakan di pasaran yang akhirnya menurunkan harga pasaran. Contoh komoditi kelapa sawit dan getah antara Malaysia dengan Indonesia.

-Masalah kejatuhan nilai mata wang. Sesetengah negara  seperti Indonesia masih belum pulih. Apabila urusan dagangan menggunakan dollar US akan wujud jurang nilai mata wang yang begitu besar dengan Negara yang lebih stabil seperti Singapura,Brunei dan Malaysia.

-Kuasa beli pasaran yang masih rendah dan saiz pasaran yang kecil. Negara yang saiz pasarannya besar seperti Indonesia dan Filipina tetapi kuasa beli penduduknya pula rendah manakala negara yang kuasa beli pasarannya tinggi seperti Singapura dan Brunei hanya memiliki saiz pasaran/jumlah penduduk yang sedikit. Keadaan ini menyukarkan perluasan perdagangan antara negara dan juga kewujudan imbangan dagangan.
4) Jadual 2 menunjukkan nilai perdagangan Malaysia dengan negara ASEAN pada tahun 1996.

Jadual 2:Nilai Perdagangan Malaysia dengan Negara ASEAN pada Tahun 1996


Negara
Import(AS$ Juta)
Eksport(AS$ Juta)
Indonesia
Filipina
Singapura
Thailand
728.0
271.0
5 347.0
1 352.0
655.0
536.0
8 156.0
1 842.0
Jumlah
7 752.0
11 189.0


Berdasarkan Jadual 2:

(a)   (i)Hitung peratusan bagi import dan eksport Malaysia dengan negara ASEAN pada tahun 1996.                                                                             [5m]
(ii)Lukis carta pai untuk membandingkan nilai eksport dan nilai import Malaysia dengan negara ASEAN pada tahun 1996. Lengkapkan carta pai anda dengan tajuk dan petunjuk.                                                               [14m]

(b)   Nyatakan tiga faedah yang diperolehi oleh Malaysia hasil daripada pengelibatannya dalam pakatan ASEAN.                                                         [6m]

SKEMA JAWAPAN
                   
 Carta Pai Pengiraan Sudut Sektor dan Peratus Sudut Sektor

Sudut Sektor = Nilai Import @ Eksport bahagi Jumlah Import @ Eksport darab 360

Dalam bentuk jadual:

Import

Negara
Import
Sudut sektor
% Sudut sector
Indonesia
Filipina
Singapura
Thailand
782.0
271.0
5 347.0
1 352.0
36.3
12.5
248.3
62.8
10.0
3.47
68.97
17.44
Jumlah
7 752.0
360.0
100.0


Eksport

Negara
Eksport
Sudut sektor
% Sudut sector
Indonesia
Filipina
Singapura
Thailand
655.0
536.0
8 156.0
1 842.0
21.00
17.25
262.40
59.30
5.48
4.80
72.89
16.46
Jumlah
11 189.0
360.0
100.0



c)    Di antara faedah-faedah yang di perolehi oleh Malaysia hasil pengelibatannya dalam ASEAN ialah:
–Faedah daripada perluasan pasaran dan perdagangan yang dicapai menerusi Perjanjian Keutamaan Perdagangan (PTA) –barangan Malaysia boleh menembusi pasaran ASEAN dengan lebih mudah tanpa sekatan/dasar perlindungan yang keta. Keasan positif lebih jelas melalui AFTA.

-Faedah daripada perkongsian teknologi, R&D dan inovasi baru dalam semua bidang – perindustrian , tenaga, pertanian, perikanan, perhutanan, pengangkutan, telekomunikasi, kewangan dan lain-lain.

-Faedah daripada perkongsian modal menerusi konsep pelaburan bersama atau pelaburan silang.

-Faedah daripada kerjasama/perkongsian sumber-sumber pengeluaran seprti sumber tenaga dan sumber alam – wujud keadaan saling melengkapi.

-Faedah daripada kerjasama/perkongsian tenaga buruh dan kepakaran – kekurangan buruh di Malaysia boleh ditampung oleh penawaran buruh dari negara jiran.

-Faedah daripada kerjasama/perkongsian menjaga alam sekitar dan keselamatan serantau.

-Menikmati faedah daripada kestabilan politik serantau menerusi konsep ZOPFAN, semangat kejiranan dan dasar tidak campur tangan hal-ehwal politik dalaman negara-negara ASEAN.



STPM 2003/K2/3

5) “Globalisasi ekonomi telah menyebabkan negara-negara di dunia semakin terkait dan saling bergantung antara satu sama lain”

(a) Pilih sebuah negara di Asia Tenggara dan huraikan cirri-ciri saling bergantung negara tersebut dengan negara-negara lain.                                 [13m]

(b) Jelaskan bagaimana pakatan ekonomi serantau ASEAN dapat mengurangkan kesan negatif proses globalisasi ekonomi.                                [12m]

SKEMA JAWAPAN
(a)    Negara yang dipilih ialah Malaysia
Ciri-ciri saling bergantung antara Malaysia dengan negara-negara lain meliputi:

-Pergantungan kepada sumber bahan mentah, sumber kuasa dan juga sumber makanan. Malaysia misalnya bergantung kepada Thailand dalam konteks bekalan beras, sumber perikanan, sayuran,buahan dan lain-lain bagi menampung kekurangan sumber makanan dalam negara. Selain itu, Malaysia juga begantung kepada Filipina untuk pembekala gula, dan bergantung kepada Indonesia pula dalam konteks pembekalan kelapa.

-Pergantungan kepada teknologi. Malaysia amat bergantung kepada teknologi moden dari negara-negara maju dengan mengimport teknologi dari Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Rusia dan juga negara-negara Eropah khususnya dalam bidang perindustrian, telekomunikasi, pertahanan, ICT, dan sebagainya. Manakala negara-negara maju itu pula bergantung kepada Malaysia untuk pembekalan minyak kelapa sawit dan getah asli.

-Pergantungan kepada pasaran luar negara. Misalnya pergantungan kepada AFTA, pasaran Amerika Syarikat, pasaran Eropah,pasaran Asia-Pasifik dan sebagainya. Sebagai contoh produk alat hawa dingin Malaysia amat bergantung kepada pasaran negara-negara timur tengah seperti negara-negara Arab di rantau Teluk. Keadaan saling bergantung ini berlaku menerusi persefahaman dalam perdagangan antarabangsa.

-Pergantungan kepada modal. Pelaburan modal asing amat diperlukan Malaysia untuk menggerak dan memajukan sektor-sektor ekonomi seperti perindustrian, perkhidmatan, pelancongan, pengangkutan, sumber tenaga dan sebagainya. Tanpa modal asing, Malaysia tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk memperkasakan ekonominya. Antara negara maju yang banyak melabur di Malaysia ialah seperti Jepun, Korea, Amerika Syarikat, England, Jerman dan sebagainya di samping pelaburan dari negara-negara ASEAN misalnya dari Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam, Filipina dan lain-lain lagi.

-Pergantungan kepada buruh dan kepakaran.penawaran buruh yang rendah dalam sektor-sektor kritikal menyebabkan Malaysia amat bergantung kepada buruh asing. Misalnya dalam sector pembinaan dan perladangan bergantung kepada tenaga buruh dari Indonesia, Thailand dan Vietnam. Bekalan tenaga buruh ini selain murah,ianya juga mudah didapati oleh kerana adanya kerjasama yang erat di antara Malaysia dengan negara-negara ASEAN yang lain.

-Ciri-ciri pergantungan Malaysia dengan negara-negara ASEAN yang lain berasaskan konsep perkongsian pintar, saling melengkapi serta prinsip dan ‘Situasi Menang-Menang’ walau bagaimanapun pergantungan Malaysia dengan negara-negara maju adalah tidak adil dan berat sebelah yang memihak kepada negara-negara maju tersebut.

(b)Pakatan ekonomi serantau ASEAN boleh mengurangkan kesan negatif  proses globalisasi ekonomi dengan cara:

-Mengurangkan monopoli pasaran barangan dalaman ASEAN dari negara-negara maju. Ini dapat dapat dilakukan menerusi kerjasama ekonomi ASEAN yang mewujudkan kawasan pasaran bebas ASEAN (AFTA). Dengan adanya AFTA membolehkan produk barangan sesame negara ASEAN dijual dengan harga yang lebih murah berbanding dengan barangan dari negara luar ASEAN. Apabila harga barangan ASEAN menjadi lebih murah maka sudah tentunya permintaan barangan import dari negara-negara luar ASEAN akan semakin berkurangan.

-Mengurangkan monopoli pasaran kewangan ASEAn oleh negara-negara maju khususnya Amerika Syarikat. Ini boleh dilakukan menerusi penubuhan bank ASEAN, Koperasi ASEAN, cadangan penggunaan mata wang ASEAN bagi menggantikan dollar US dan lain-lain. Persepakatan sesama negara-negara ASEAN dalam konteks ini membolehkan risiko kejatuhan nilai mata wang boleh dikurangkan.misalnya apabila urusan perdagangan antara negara-negara ASEAN dilakukan dalam mata wang ASEAN sendiri, ini akan memberikan keuntungan kepada semua pihak. Walaupun cadangan ini sukar dilaksanakan kerana perbezaan nilai wang yang begitu ketara antara negara-negara ASEAN tetapi perkara ini tidak mustahil dilaksanakan demi mengelakkan daripada risik terlalu bergantung kepada dollar Amerika.

-Mengurangkan kebergantungan modal daripada negara-negara kapitalisyang jelas tidak menguntungkan negara-negara ASEAN jika berlaku keadaan yang tidak diingini seprti kejatuhan nilai mata wang negara-negara ASEAN yang menyebabkan modal asing boleh ditarik keluar dari ASEAN pada bila-bila masa sahaja. Oleh sebab itu semasa sesame negara-negara ASEAN boleh meningkatkan pelaburan menerusi konsep pelaburan bersama dan juga pelaburan silang.

-Mengurangkan dominasi teknologi dan kepakaran dari negara-negara maju. Ini boleh dilakukan melalui konsep persainagn pintar, konsep saling melngkapi, prinsip menang-menang, dan juga langkah pertukaran teknologi dan inovasi baru, latihan tenaga manusia secara bersama dan bersepadu sesame negara anggota ASEAN. Seterusnya dapat mengurangkan kebergantungan teknologi dari negara-negara naju sahaja. Setiap negara anggota ASEAN mempunyai kelebihan teknologinya sendiri yang boleh di kongsi bersama untuk mewujudkan keadaan saling melengkapi antara satu sama lain.

-Membendung campur tangan politik dari negara-negara maju menerusi prinsip Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOFPAN), iaitu dasar tidak campur tangan negara-negara anggota serta prinsip kemakmuran bersam ASEAN. Melalui persepakatan ini negara-negara luar tidak boleh sewenang-wenangnya mencampuri urusan politik dalaman ASEAN.