Gerbang Laut terbentuk apabila dua buah gua yang letaknya bertentangan di sebuah tanjung bertemu antara satu sama lain akibat hakisan yang berterusan yang dialami oleh kedua-dua buah gua berkenaan. Apabila dua buah gua ini bertembung maka wujud satu terowong yang dikenali sebagai gerbang laut. Proses hakisan yang berterusan serta gerakan jisim (proses runtuhan) menyebabkan bumbung gerbang laut akan runtuh meninggalkan rupa muka muka batu tunggul. Batu tunggul juga akan mengalami hakisan ombak secara berterusan sehingga dipotong dan direndahkan hingga sama paras dengan aras air surut. Bentuk ini dinamakan sebagai tunggul sisa.
No comments:
Post a Comment