Monday, March 21, 2011

Nota Pergerakan Jisim

Tajuk: Gerakan jisim

1.       Defenisi – gerakan jisim ialah pergerakan bahan-bahan pepejal menuruni cerun akibat tarikan graviti. Bahan-bahan pepejal ini terdiri daripada tanih dan batu yang terhasil akibat proses luluhawa, hakisan serta kegiatan manusia meneroka tanah di atas cerun.
2.       Keadaan kecuraman cerun akan mempengaruhi kelajuan pergerakan jisim. Jika cerun curam, gerakan jisim akan berlaku dengan cepat seperti tanah runtuh atau gelongsoroan tanah. Jika cerun landai, gerakan jisim akan menjadi perlahan.
3.       Berat beban atau berat bahan-bahan batuan dan tanih yang terhasil akan menentukan sama ada gerakan jisim itu berlaku dengan cepat atau lambat. Jika beban banyak dan berat, gerakan jisim akan berlaku dengan cepat dan berskala besar. Cotnohnya runtuhan tanah di lebuhraya berhampiran Gua Tempurung, Perak.
4.       Kelembapan tanih menjadi faktor penting yang menyegerakan pergerakan jisim. Seringkali gerakan jisim seperti tanah runtuh atau tanah mendap berlaku selepas hujan lebat kerana tanah menjadi lembab, berair dan tidak kukuh. Resapan air ke dalam tanah yang banyak akan menyebabkan tanah lembab. Ketiadaaan pokok-pokok di permukaan cerun akibat kegiatan manusia menyebabkan tanah tidak kukuh dan resapan air giat ke dalam tanah.
5.       Terdapat 2 jenis gerakan jisim iaitu pergerakan jisim yang cepat dan pergerakan jisim yang lambat. Pergerakan jsim yang cepat termasuklah proses gelongsoran tanah ( tanah runtuh ) di cerun dan aliran tanah lumpur. Pergerakan jsim yang lambat pula termasuklah proses kesotan tanih di cerun , mendapan cerun dan  gelangsaran tanih di cerun kawasan bersalji.
6.       Tanah runtuh atau gelonsoran tanih cerun adalah pergerakan bahan-bahan batuan dan tanih menuruni cerun. Ciri-ciri pergerakan dan kejadiannya ialah :
  • Berlaku di cerun yang curam
  • Kegiatan manusia memotong cerun untuk membina jalan, membina petempatan dan kegiatan perlombongan menyebabkan cerun terdedah kepada luluhawa dan hakisan. Struktur tanah cerun juga rosak dan mudah diresapi air.
  • Fenomena ini pernah berlaku di lebuhraya timur barat, tanah runtuh di Hulu Kelang ( Jun 2006), jalan susur ke Genting Highlands dan lebuh raya Bukit Lanjan, Kuala Lumpur.
7.       Aliran Lumpur ialah pergerakan tanah dan batuan yang bercampur air daripada atas cerun. Lazimnya berlaku selepas hujan lebat. Kegiatan pembinaan petempatan,jalan raya, kegiatan pertanian tanah tinggi, perlombongan dan pembalakan di atas cerun menjadi faktor utama fenomena ini. Antara contoh kes yang berlaku ialah banjir Lumpur di Pos Dipang, Perak dan Gunung Pulai,Johor. Aliran lumpur juga berlaku bersama-sama aliran lava gunung berapi seperti yang berlaku di Filipina ( Januari 2006 ). ( rajah 3.9 ms: 57 )
8.       Kesotan tanih cerun berlaku secara beransur-ansur dan mengambil masa yang panjang. Ia berlaku di cerun yang landai dengan kecuraman antara 2 - 3°. Ia berlaku melalui beberapa cara:
  • Proses pengembangan tanih cerun akibat terkena air hujan dan pengecutan tanih apabila dikeringkan oleh panas matahari menyebabkan struktur tanah menjadi longgar.
  • Penerokaan hutan di cerun menyebabkan tanah cerun terdedah kepada rasapan air hujan menyebabkan tanah menjadi lembab dan kering dengan kadar yang kerap dan cepat.
  • Proses beku-cair di cerun kawasan iklim sejuk juga menyebabkan tanah cerun mendap.
( rajah 3.7 ms:56)
9.       Gelangsaran tanih cerun berlaku di kawasan cerun yang bersalji seperti di kawasan kutub atau kawasan praglasier ( kawasan yang ada musim sejuk bersalji ). Pada musim sejuk air akan membeku di dalam tanah. Salji yang banyak dan tebal berkumpul di atas cerun. Apabila musim panas , salji cair lapisan tanah akan tepu dengan air dan bergerak perlahan-lahan menuruni cerun. Fenomena ini menghasilkan teres cerun, lekukan cerun, permatang dan bonggolan tanih.

4 comments: