Monday, March 21, 2011

Nota - Proses Luluhawa

PROSES LULUHAWA


1.
Definasi “luluhawa”




Luluhawa ialah proses pemecahan batuan dan pereputan batuan secara semulajadi dan “insitu” ( pecah di situ juga ) oleh agen-agen luluhawa seperti air hujan, haba matahari,ibun, akar tumbuhan dan haiwan.



2.
Berdasarkan kepada cara batuan pecah secara semulajadi, proses luluhawa boleh dikelaskan kepada 3 jenis, iaitu luluhawa mekanika, luluhawa kimia dan luluhawa biotik.



3.
Luluhawa mekanika




3.1
Definesi – Luluhawa mekanika ialah proses pemecahan dan penguraiana batuan secara semulajadi dengan mengakibatkan perubahan fizikal batuan tanpa mengubah kandungan mineralnya.


3.2
Proses pemecahan batuan melalui luluhawa mekanika berlaku akibat tindakan  ibu (ais atau fros), penghabluran garam, pelepasan tekanan,proses basah-kering dan perubahan suhu yang ekstrem.

3.3
Proses tindakan ibun berlaku di kawasan beriklim sejuk,iklim hawa sederhana dan di pergunungan yang tinggi yang sejuk hingga terdapat ais. Pada musim panas, air hujan atau ais yang cair akan masuk ke dalam rekahan batuan. Pada musim dingin, air tersebut akan membeku di dalam rekahan batuan membentuk ibun (ais). Pembekuan air ini akan menyebabkan ais tersebut mengembang dan membaji atau menyengkang rekahan batuan sehingga pecah.

3.4
Proses penghabluran garam berlaku di kawasan beriklim kering seperti gurun atau hampir gurun. Semasa hujan air akan melarutkan mineral garam seperti naterium klorida,kasium sulfat (gypsum) dan naterium karbonat ( batu kapur) membentuk larutan garam di celah rekahan batuan. Haba matahari akan menyejat larutan garam tersebut membentuk hablur garam. Proses penghabluran garam ini akan menyebabkan hablur garam tersebut mengembang dan memberi tekanan kepada rekahan batuan.Lama-kelamaan rekahan batuan membesar dan pecah.( Proses ini hampir sama dengan tindakan ibun )

3.5
Proses pelepasan tekanan berlaku pada batuan yang terdapat di dalam lapisan kerak bumi yang terdedah akibat hakisan tanah permukaan bumi. Kegiatan manusia meratakan tanah atau menarah cerun boleh mendedahkan batuan dalam bumi ke permukaan.Lapisan tanah atas yang terhakis atau dibuang akan mengurangkan beban atau tekanan ke atas batuan. Batuan akhirnya boleh mengembang menyebabkan berlakunya retakan dan kulit luar batuan mengelupas. Batuan yang terkelupas ini membentuk kubah kelupasan.

3.6
Proses basah-kering yang berulang berlaku pada batuan di tepi pantai atau di tebing sungai atau di pinggir tasik. Proses ini juga berlaku apabila hari hujan silih berganti dengan hari kering. Apabila air pasang di sungai ,laut dan kehadiran ombak  atau hujan turun, batuan akan basah dan akibat dimasukki air. Batuan atau tanih yang basah akan mengembang.Apabila air surut atau hari kering, batuan tersebut akan menjadi kering kerana air disejat oleh haba matahari. Batuan yang kering itu akan merekah dan pecah.

3.7
Proses perubahan suhu eksrem berlaku di kawasan gurun panas kerana terdapat perbezaan suhu harian yang besar. Pada waktu siang suhu di gurun panas boleh mencapai sehingga 40-50°C. Keadaan yang kurang hujan dan kering kontang turut menyumbang kepada keberkesanan proses luluhawa ini. Keadaan ini boleh menyebabkan mineral batuan mengembang. Pada waktu malam pula, suhu boleh jatuh sehingga takat beku (0°C). Keadaan ini menyebabkan batuan tersebut menguncup. Proses kembang-kecut ini akan menyebabkan batuan retak dan pecah. Melalui proses perubahan suhu ekstrem ini batuan akan pecah dalam tiga bentuk iaitu pemecahan secara bungkah, pemecahan secara berbutir (relai,hancur) dan pecah terkelupas.




4.
Luluhawa Kimia




4.1
Definesi – Luluhawa kimia ialah proses pemecahan dan penguraian batuan melalui proses larutan yang menyebabkan perubahan bentuk dan kandungan mineral batuan.


4.2
Agen utama pelaku luluhawa kimia ialah air hujan, gas oksigen dan gas karbon dioksida. Keadaan hujan yang lebat sangat menggalakkan berlakunya luluhawa kimia terutama di kawasan tropika lembab. Di samping itu, suhu topika yang tinggi mempercepatkan proses larutan kerana air yang panas (akibat suhu tinggi) lebih cepat melarutkan mineral batuan .




4.3
Terdapat lima cara atau proses larutan yang menyebabkan batuan pecah dan terurai iaitu proses  pengkarbonan, pengoksidaan,hidrolisis,larutan mudah dan penghidratan.

4.4
Proses pengkarbonan berlaku ke atas batu kapur. Air hujan akan bercampur dengan gas karbn dioksida membentuk asid karbonik lemah. Asid karbonik ini akan melarutkan karbonat (kapur) di dalam batu kapur. Larutan ini akan menyebabkan batu kapur berlubang-lubang, berongga atau pecah. Panorama di kawasan bukit batu kapur atau kawasan karst memperlihatkan bentuk lubang langgah, dolin,gua, stalaktit,stalakmit,lohong bawah tanah dan sungai bawah tanah.( Rajah: 3.5 ms:52)

4.5
Proses pengoksidaan berlaku apabila air bercampur gas oksgen melarutkan mineral besi (ferum) dalam batuan membentuk larutan ferik oksida ( ferum dioksida).Larutan ini akan melemahkan batuan dan akhirnya memecahkan batuan tersebut. Kesan yang dapat dilihat ialah batuan menjadi seperti berkarat, kemerahan dan rapuh.

4.6
Proses hidrolisis berlaku apabila air bertindakbalas dengan batuan yang mengandungi feldspar atau mika di dalam batuan granit . Akibat larutan tersebut, feldsfar atau mika akan bertukar menjadi kaolin ( sejenis tanah liat yang lembut yang boleh digunakan untuk membuat tembikar ).

4.7
Proses larutan mudah berlaku apabila air melarutkan mineral batuan atau tanih yang menjadikan batuan atau tanih tersebut poros dan pecah dengan mudah. Misalnya batuan atau tanih di tebing sungai atau di kawasan tropika yang menerima hujan lebat.

4.8
Proses penghidratan berlaku apabila air melarutkan mineral batuan membentuk mineral baru dalam batuan tersebut. Misalnya mineral anhidrit larut dengan air membentuk gypsum yang mudah pecah. Air melarutkan mineral hematit membentuk limonit.



5.
Luluhawa Organik ( Biotik/Hayat)




5.1
Definesi – Luluhawa organik ialah proses pemecahan, penguraian dan pereputan batuan oleh agen hidupan seperti akar pokok , bakteria, manusia dan haiwan yang hidup dalam tanah.


5.2
Tindakan akar pokok berlaku apabila akar pokok yang semakin membesar memasukki rekahan batuan. Pembesaran akar ini akan menyebabkan rekahan batuan dibaji atau disengkang oleh akar pokok.Akhirnya batuan tersebut pecah. Di kawasan tropika lembab atau khatulistiwa luluhawa organic oleh akar ini amat berkesan kerana hujan yang lebat menyebabkan pertumbuhan hutan yang padat dan cepat.

5.3
Bakteria pula memecahkan dan mereputkan batuan melalui proses pereputan. Kehadiran air ke atas batuan akan mempercepatkan proses pereputan batuan.

5.4
Manusia boleh membantu luluhawa melalui kerja-kerja yang boleh mendedahkan batuan kepada haba matahari serta siraman air hujan. Kerja membina jalan raya, melombong, pertanian menyebabkan batuan terdedah kepada tindakan haba panas matahari ( proses pengembangan dan pengecutan batuan) , pelepasan tekanan dan tindakan air hujan ( larutan kimia batuan ).

5.5
Haiwan yang hidup dalam tanah akan membantu kemasukkan air ke dalam tanah. Air tersebut akan terkenan batuan dalam tanah dan melarutkan mineralnya.





No comments:

Post a Comment